Tuesday, February 22, 2011

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PSS 2011

       Pada 14 Februari 2011,SKPG telah mengadakan Watikah Perlantikan Pengawas sekolah dan Pengawas Pusat Sumber sesi 2011.Acara ini dimulakan dengan ucapan pengerusi iaitu Ustaz Mohd Rosdi,ucapan Guru Besar Encik Ismail bin Awang dan ucapan oleh Pegawai Penyiasat Kanan IPD,Seberang Perai Utara,Kepala Batas Encik Hairol Azura Abd Aziz.Seterusnya Pegawai IPD dan Guru Besar memeriksa perbarisan yang dilakukan oleh pengawas sekolah dan pengawas PSS.Watikah Perlantikan Pengawas ini diakhiri dengan penyampaian sijil oleh Encik Hairol Azura iaitu Pegawai Penyaiasat Kanan IPD.
      Jutaan terima kasih kepada pegawai IPD,Guru Besar dan semua guru yang telah terlibat pada majlis tersebut.Tahniah, untuk semua pengawas yang telah dilantik!Bertugaslah dengan amanah,jujur dan ikhlas.





     

0 comments:

Post a Comment