Tuesday, February 22, 2011

UJIAN PENILAIAN 1 2011

PADA 23,24 DAN 25 FEBRUARI 2011,SKPG AKAN MENGADAKAN UJIAN PENILAIAN 1.SEMUA MURID DARI TAHUN 1 HINGGA 6 AKAN DIUJI PENGETAHUAN MEREKA.PENCAPAIAN YANG CEMERLANG AMATLAH DIHARAPKAN.KEPADA SEMUA MURID,JANGAN LUPA RUJUK JADUAL YANG DIBERI.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2011

       Rabu -  16 Februari 2011,SKPG telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul.Acara-acara yang telah diadakan ialah:
                       a. Perarakan
                       b. Pertandingan tilawah,hafazan dan bercerita
                       c. Jamuan





WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PSS 2011

       Pada 14 Februari 2011,SKPG telah mengadakan Watikah Perlantikan Pengawas sekolah dan Pengawas Pusat Sumber sesi 2011.Acara ini dimulakan dengan ucapan pengerusi iaitu Ustaz Mohd Rosdi,ucapan Guru Besar Encik Ismail bin Awang dan ucapan oleh Pegawai Penyiasat Kanan IPD,Seberang Perai Utara,Kepala Batas Encik Hairol Azura Abd Aziz.Seterusnya Pegawai IPD dan Guru Besar memeriksa perbarisan yang dilakukan oleh pengawas sekolah dan pengawas PSS.Watikah Perlantikan Pengawas ini diakhiri dengan penyampaian sijil oleh Encik Hairol Azura iaitu Pegawai Penyaiasat Kanan IPD.
      Jutaan terima kasih kepada pegawai IPD,Guru Besar dan semua guru yang telah terlibat pada majlis tersebut.Tahniah, untuk semua pengawas yang telah dilantik!Bertugaslah dengan amanah,jujur dan ikhlas.





     

Monday, February 21, 2011

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH,PENGAWAS PSS,KETUA DARJAH DAN PENOLONG KETUA DARJAH

Kem ini telah diadakan pada 28 dan 29 Januari 2011.Tujuan diadakan ialah untuk memimpin mereka menjadi seorang pemimpin yang berketrampilan dan berdisiplin.Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah ceramah,LDK,riadah dan pembentangan kumpulan.



MOTIVASI UPSR PADA 27 JANUARI 2011

Motivasi UPSR talah diadakan pada pukul 9 hingga 11 malam.Semua murid Tahun 6 dan waris mereka terlibat.Motivasi murid telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rosdi manakala untuk waris oleh Ustaz Ramli (bekas pengetua SMKA Yan ,Kedah)


SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH PADA 12 JANUARI 2011

ACARA-ACARA YANG TELAH DIADAKAN SEPERTI MENGACAU BUBUR ASYURA OLEH PIBG DAN CERAMAH OLEH USTAZ.





ORIENTASI PUSAT SUMBER TAHUN 1 PADA 11 JANUARI 2011





     Murid-murid Tahun 1 di bawa ke PSS supaya dapat mengetahui cara penggunaan dan pinjaman di PSS.