Thursday, October 13, 2011

PROGRAM JEJAK MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PULAU PINANG





Pada 6 Oktober 2011 (Khamis),Program Jejak Maklumat untuk Tahun 6 telah diadakan di Perpustakaan Awam Pulau Pinang.Seramai 77 orang murid Tahun 6 terlibat dan lima orang guru mengiringi mereka.Aktiviti-aktiviti telah dijalankan oleh pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam.
     Selepas itu murid-murid di bawa ke Taman Burung,Seberang Jaya. Terdapat pertunjukan burung pada hari itu.

Wednesday, October 12, 2011

HARI KOKURIKULUM DAN KARNIVAL JOM SIHAT SK PASIR GEBU 2011

Pada 24 Septemer 2011(Sabtu),jam 8.00 pagi SK Pasir Gebu telah mengadakan Hari Kokurikulum dan Karnival Jom Sihat.Pelbagai acara telah diadakan seperti :
- Derma darah,pemeriksaan kesihatan & gigi,Ujian darah tinggi dan kencing manis,kelab motor berkuasa tinggi,kelab produa MYVI,pameran AL-Quran Digital,Pameran Anti-Dadah,gerai jualan,permainan dan cabutan bertuah.

    Sambutan daripada PIBG dan murid-murid amat menggalakkkan.Majlis berakhir pada pukul 2.00 petang.


MAJLIS PERSARAAN PENOLONG KANAN KURIKULUM-PN HAJAH ZAINAB SULAIMAN

Pada 22 Julai 2011,tamatlah perkhidmatan seorang guru yang rajin dan berdedikasi serta mengambil berat terhadap sekolah ,guru-guru dan murid-murid.Pn Hajah Zainab mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu pada Tahun 2001.Kami di SKPG berharap,walaupun sudah bersara,beliau tidak berhenti dari memberi tunjukajar kepada kami yang memerlukan bantuan terutama dalam subjek Bahasa Inggeris UPSR.





Monday, October 10, 2011

SUKAN TAHUNAN DAN LARIAN 1 MALAYSIA 2011

Pada 2 Julai 2011,hari Sabtu Sukan Tahunan dan Larian  1 Malaysia telah diadakan di SK Pasir Gebu.Acara dimulakan dengan Larian 1 Malaysia antara waris,guru dan murid-murid.Seterusnya acara lari 100 meter,lompat jauh,lontar peluru dan lompat tinggi.Sebelum sukan,sukantara telah diadakan.Acfara diakhiri dengan sukaneka.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu telah diadakan pada 27 Mei 2011.Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan ialah: - Bacaan Yassin,Sukaneka,persembahan guru dan murid ,penyampaian hadiah.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI SKPG

Dapatkan gambar-gambar aktiviti SKPG terkini dalam facebook SKPG yang beralamat sekkebpasirgebu@yahoo.com.

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK SRI NEGERI,PULAU LANGKAWI

Pada 7 dan 8 Mei 2011 yang lalu,guru-guru dan kakitangan SKPG telah ke SK Seri Negeri Langkawi untuk berkongsi pengetahuan dalam P & P dan Pusat Sumber.SK Seri Negeri adalah sebuah sekolah yang cantik dan menarik terutama pra sekolah yang dipenuhi mural yang dilukis oleh waris.

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK BATU PEKAKA

Pada 29 Apri 2011 lalu,SK Batu Pekaka ,Kuala Ketil,Kedah telah datang melawat SK Pasir Gebu.Banyak pengetahuan dapat dikongsi bersama terutama dalam P & P dan Pusat Sumber.

Tuesday, April 5, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39 DAN PELANCARAN "1 WARIS 1 BUKU"

 2 April 2011,Sabtu,8.30 pagi - Mesyuarat Agung PIBG yang ke 39 dan pelancaran program "1 Waris 1 Buku telah diadakan.

Saturday, March 12, 2011

SELAMAT HARI ULANG TAHUN GB YANG KE............

Pada hari Jumaat 11 Mac 2011,Badan Kebajikan Guru telah berbesar  hati mengadakan sambutan ulang tahun guru besar yang ke.......Selepas membaca yasin,guru besar telah memotong nasi kunyit yang telah disediakan.Tarikh sebenar hari ulang tahun guru besar ialah pada 14 Mac 2011.Oleh kerana hari tersebut cuti,jadi kami menyambutnya lebih awal.

Sunday, March 6, 2011

KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2011 - ZON KEPALA BATAS 12 TKB

Pada 2,3 dan 4 Mac 2011,SKPG telah menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Jaring MSSPP Zon Kepala Batas 12 Tahun Ke Bawah.25 buah sekolah telah menyertainya.Keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut:
                                  Tempat pertama   : SK Pengkalan Jaya
                                  Tempat kedua      : SK Kepala Batas
                                  Tempat ketiga      : SK Penaga
                                  Tempat keempat  : SK Permatang Sintok

Tahniah, kepada sekolah yang menang!sekolah yang tidak berjaya cuba lagi tahun depan terutama SKPG teruskan usaha anda.
                                                                 Urusetia
                                                                Para pengadil
                                                                    Salah satu pasukan bola jaring
                                           En Ismail Awang,guru besar SKPGm dan En Khariri wakil PPD

Tuesday, February 22, 2011

UJIAN PENILAIAN 1 2011

PADA 23,24 DAN 25 FEBRUARI 2011,SKPG AKAN MENGADAKAN UJIAN PENILAIAN 1.SEMUA MURID DARI TAHUN 1 HINGGA 6 AKAN DIUJI PENGETAHUAN MEREKA.PENCAPAIAN YANG CEMERLANG AMATLAH DIHARAPKAN.KEPADA SEMUA MURID,JANGAN LUPA RUJUK JADUAL YANG DIBERI.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2011

       Rabu -  16 Februari 2011,SKPG telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul.Acara-acara yang telah diadakan ialah:
                       a. Perarakan
                       b. Pertandingan tilawah,hafazan dan bercerita
                       c. Jamuan





WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PSS 2011

       Pada 14 Februari 2011,SKPG telah mengadakan Watikah Perlantikan Pengawas sekolah dan Pengawas Pusat Sumber sesi 2011.Acara ini dimulakan dengan ucapan pengerusi iaitu Ustaz Mohd Rosdi,ucapan Guru Besar Encik Ismail bin Awang dan ucapan oleh Pegawai Penyiasat Kanan IPD,Seberang Perai Utara,Kepala Batas Encik Hairol Azura Abd Aziz.Seterusnya Pegawai IPD dan Guru Besar memeriksa perbarisan yang dilakukan oleh pengawas sekolah dan pengawas PSS.Watikah Perlantikan Pengawas ini diakhiri dengan penyampaian sijil oleh Encik Hairol Azura iaitu Pegawai Penyaiasat Kanan IPD.
      Jutaan terima kasih kepada pegawai IPD,Guru Besar dan semua guru yang telah terlibat pada majlis tersebut.Tahniah, untuk semua pengawas yang telah dilantik!Bertugaslah dengan amanah,jujur dan ikhlas.





     

Monday, February 21, 2011

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH,PENGAWAS PSS,KETUA DARJAH DAN PENOLONG KETUA DARJAH

Kem ini telah diadakan pada 28 dan 29 Januari 2011.Tujuan diadakan ialah untuk memimpin mereka menjadi seorang pemimpin yang berketrampilan dan berdisiplin.Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah ceramah,LDK,riadah dan pembentangan kumpulan.



MOTIVASI UPSR PADA 27 JANUARI 2011

Motivasi UPSR talah diadakan pada pukul 9 hingga 11 malam.Semua murid Tahun 6 dan waris mereka terlibat.Motivasi murid telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rosdi manakala untuk waris oleh Ustaz Ramli (bekas pengetua SMKA Yan ,Kedah)


SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH PADA 12 JANUARI 2011

ACARA-ACARA YANG TELAH DIADAKAN SEPERTI MENGACAU BUBUR ASYURA OLEH PIBG DAN CERAMAH OLEH USTAZ.





ORIENTASI PUSAT SUMBER TAHUN 1 PADA 11 JANUARI 2011





     Murid-murid Tahun 1 di bawa ke PSS supaya dapat mengetahui cara penggunaan dan pinjaman di PSS.                                              

Monday, January 10, 2011

TAKLIMAT KURIKULUM STANDART SEKOLAH (KSSR) DAN SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK)

Pada 30 Disember 2010,satu taklimat KSSR dan SPPK telah disampaikan oleh Pn Zakiah dan Pn Nazuha.Penerangan mereka amat jelas sekali.Permasalahan dalam memahami topik tersebut telah terungkai hanya menunggu praktikalnya sahaja.

                                         CERAMAH DISAMPAIKAN OLEH PN ZAKIAH


                                            CERAMAH DISAMPAIKAN OLEH PN NAZUHA