Thursday, December 30, 2010

GOTONG - ROYONG MEMBERSIHKAN KELAS,BILIK KHAS DAN PERSEKITARAN SEKOLAH

Pada 28 Disember 2010,gotong royong telah diadakan bagi membersihkan kelas,bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah.Semua guru,kakitangan sekolah dan murid-murid tahap 2 turut berganding bahu dalam melaksanakan gotong royong ini.

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 2011



Mesyuarat telah diadakan pada 27 Disember 2010,jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang yang dipengerusikan oleh Encik Ismail bin Awang guru besar SK Pasir Gebu.

Thursday, November 25, 2010

MAJLIS KORBAN DAN AQIQAH

Pada 19 November lalu,waris dan guru-guru dari SKPG telah berganding bahu mengadakan korban dan aqiqah di kantin sekolah.Sebanyak tiga ekor lembu telah dikorbankan.Seekor lembu dibuat kenduri manakala dua ekor lagi dibahagikan daging kepada murid-murid yang layak.Alhamdulillah,majlis ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

LAWATAN DARI SK PADANG MENORA DAN SK BUKIT MINYAK

SK Pasir Gebu mengucapkan ribuan terima kasih kepada SK Padang Menora dan SK Bukit Minyak kerana sudi melawat Pusat Sumber di sini.Perkongsian maklumat adalah sangat berharga untuk dimanfaatkan bersama.Pusat Sumber Cemerlang akan membantu ke arah Sekolah Cemerlang.

SYABAS,KEPADA YANG BERJAYA DALAM UPSR 2010!

Tanggal 11 November 2010 lalu,kuputusan UPSR telahpun diumumkan.Alhamdulillah,pencapaian agak cemerlang walaupun peratus keseluruhan berkurangan sedikit jika dibandingkan dengan Tahun 2009.

Seramai 14 orang berjaya mendapat 5A,10 orang 4A,4 orang 3A,14 orang 2A dan 5 orang 1A.Peratus keseliruhan ialah 82.6%.

Sunday, November 14, 2010

LAWATAN DARI PKG TANJONG KARANG

PADA 25 MEI 2010,PKG TANJONG KARANG TELAH MENGADAKAN LAWATAN KE SK PASIR GEBU.LAWATAN INI MERUPAKAN LAWATAN KALI KEDUA MEREKA KE SINI.LAWATAN PERTAMA MEREKA IALAH PADA TAHUN 2009.TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN KAMI DI SINI.

Monday, November 8, 2010

GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU

Gotong-royong Perdana Sempena Hari Guru telah diadakan pada 15 Mei 2010 .MPSP,Waris,guru dan murid-murid telah bertungkus lumus membersihkan semua kawasan persekitaran dan dalaman sekolah.Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Wednesday, May 5, 2010

Tahniah,kepada semua pemenang pertandingan bercerita!

Pertandingan bercerita sempena Hari Buku dan Hak Cipta sedunia 2010 telah diadakan pada 5 Mei 2010 waktu aktiviti kokurikulum iaitu dari pukul 1.30 tengah hari hingga 3.30 petang.Pertandingan disertai oleh dua orang peserta dari tahun empat,lima dan enam.
Tempat pertama telah dimenangi oleh Nurul Izzati Azzahari,tempat kedua oleh Nurul Syhuhada Azizan dan tempat ketiga oleh Mohd Syakir bin Mohd Nasir.

HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA TAHUN 2010

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia telah diadakan di SK Pasir Gebu pada 23 April hingga 10 Mei 2010.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan:
- Perhimpunan (pengumuman tentang Hari buku Sedunia) pada 23 April 2010
- Membaca bersama dan tukar buku suka sama suka pada 24 April 2010
- Lawatan ke Pesta Buku di Dewan Millenium pada 28 April 2010
- Pertandingan mewarna untuk Tahap satu
- Pertandingan bercerita untuk tahap dua
- Penyampaian hadiah

HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA TAHUN 2010