Sunday, August 16, 2009

Motto

"MURGIBA"

Murid, Guru, Ibubapa muafakat membina kegemilangan.

Slogan

Bersama Menuju Kegemilangan

Visi

Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu
Menjadi Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan menjelang 2010

Misi

Memberi pendidikan berkualiti untuk melahirkan murid bersahsiah tinggi serta cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

Ikrar


Murid-murid sedang membaca ikrar
Guru-guru sedang membaca ikrar

Friday, August 14, 2009

Lagu Sekolah

SK Pasir Gebu Gemilang

Betapa megah kami ke sini,
Dengan senang hati menimba ilmu,
Sekolah ini sekolah kami ,
SK Pasir Gebu.

Ilmu yang kami terima,
tidak akan kami persiakan,
Agar cita-cita akan terlaksana,
mencapai harapan ibu bapa.

MURGIBA, MURGIBA,
Murid Guru Ibu Bapa,
MURGIBA, MURGIBA,
SKPG Gemilang.

Sejarah Sekolah


Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu telah diasaskan pada tahun 1882. Pada asalnya sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Sungai Tembus mengambil sempena sebatang sungai di sini. Bangunan asalnya adalah bangunan satu tingkat yang mengandungi tiga bilik darjah. Bilangan murid ketika itu adalah seramai 32 orang.












Pada tahun 1958, Kementerian Pelajaran telah meluluskan sebuah bangunan baru dua tingkat yang mengandungi enam bilik darjah termasuk pejabat dan bilik guru. Bersempena dengan siapnya bangunan baru itu, jemaah Pengurus sekolah telah membuat permohonan menukarkan nama sekolah ini kepada Sekolah Melayu Pasir Gebu, mengikut nama kampung di mana sekolah ini didirikan.








Sekolah ini letaknya kira-kira 22 km dari bandar Butterworth dan lebih kurang 7 km dari sempadan Kedah. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai petani dan nelayan. Taraf ekonomi penduduk di sini agak rendah. Di mana ramai waris di sini terlibat dengan Program PPRT.

Murid ini datangnya dari beberapa buah kampung berdekatan dalam kawasan sekitar 3 km. Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Pasir Gebu, Kampung Dua Puluh, Kampung Permatang Rawa dan Bakau Tua.

Latihan Portal EDUWEBTV

Latihan Portal EDUWEBTV telahpun diadakan pada 25 April 2009,hari Sabtu. Banyak faedah-faedah yang telah diperolehi dari latihan ini.Antaranya guru-guru dapat mengakses EDUWEBTV dengan baik.Murid-murid juga telah diberi pendedahan tentang EDUWEBTV oleh guru-guru mata pelajaran. EDUWEBTV dapat membantu murid-murid belajar dengan mudah.

Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka Dan Kuala Lumpur

Pada 15,16 dan 17 Mac 2009,PSS SK Pasir Gebu telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Melaka dan Kuala Lumpur.Alhamdulillah,lawatan tersebut berjalan dengan lancar.

Seramai 70 orang murid dan 7 orang guru telah mengikuti lawatan tersebut.Tempat-tempat yang telah dilawati ialah Zoo Melaka,Muzium Melaka dan Menara Taming Sari.Di Kuala Lumpur pula ke Petrosains,Menara Kuala Lumpur,Putrajaya dan Muzium Negara.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Nordin,Cikgu Asri,Cikgu Ahmad Khidri,Ustaz Wan Zarimi,Cikgu Zakiah dan Ustazah Norhizam kerana telah berjaya mengawal disipilin murid dengan baik.

Tak lupa juga ribuan terima kasih kepada Dato' Reezal Marican kerana telah menyumbangkan makanan tengah hari untuk kami semua.

Kerjasama dari ibu bapa juga tidak dilupakan kerana telah membenarkan anak-anak mereka mengikuti lawatan ini