Friday, August 14, 2009

Sejarah Sekolah


Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu telah diasaskan pada tahun 1882. Pada asalnya sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Sungai Tembus mengambil sempena sebatang sungai di sini. Bangunan asalnya adalah bangunan satu tingkat yang mengandungi tiga bilik darjah. Bilangan murid ketika itu adalah seramai 32 orang.












Pada tahun 1958, Kementerian Pelajaran telah meluluskan sebuah bangunan baru dua tingkat yang mengandungi enam bilik darjah termasuk pejabat dan bilik guru. Bersempena dengan siapnya bangunan baru itu, jemaah Pengurus sekolah telah membuat permohonan menukarkan nama sekolah ini kepada Sekolah Melayu Pasir Gebu, mengikut nama kampung di mana sekolah ini didirikan.








Sekolah ini letaknya kira-kira 22 km dari bandar Butterworth dan lebih kurang 7 km dari sempadan Kedah. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai petani dan nelayan. Taraf ekonomi penduduk di sini agak rendah. Di mana ramai waris di sini terlibat dengan Program PPRT.

Murid ini datangnya dari beberapa buah kampung berdekatan dalam kawasan sekitar 3 km. Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Pasir Gebu, Kampung Dua Puluh, Kampung Permatang Rawa dan Bakau Tua.

0 comments:

Post a Comment