Thursday, October 13, 2011

PROGRAM JEJAK MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PULAU PINANG





Pada 6 Oktober 2011 (Khamis),Program Jejak Maklumat untuk Tahun 6 telah diadakan di Perpustakaan Awam Pulau Pinang.Seramai 77 orang murid Tahun 6 terlibat dan lima orang guru mengiringi mereka.Aktiviti-aktiviti telah dijalankan oleh pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam.
     Selepas itu murid-murid di bawa ke Taman Burung,Seberang Jaya. Terdapat pertunjukan burung pada hari itu.

Wednesday, October 12, 2011

HARI KOKURIKULUM DAN KARNIVAL JOM SIHAT SK PASIR GEBU 2011

Pada 24 Septemer 2011(Sabtu),jam 8.00 pagi SK Pasir Gebu telah mengadakan Hari Kokurikulum dan Karnival Jom Sihat.Pelbagai acara telah diadakan seperti :
- Derma darah,pemeriksaan kesihatan & gigi,Ujian darah tinggi dan kencing manis,kelab motor berkuasa tinggi,kelab produa MYVI,pameran AL-Quran Digital,Pameran Anti-Dadah,gerai jualan,permainan dan cabutan bertuah.

    Sambutan daripada PIBG dan murid-murid amat menggalakkkan.Majlis berakhir pada pukul 2.00 petang.


MAJLIS PERSARAAN PENOLONG KANAN KURIKULUM-PN HAJAH ZAINAB SULAIMAN

Pada 22 Julai 2011,tamatlah perkhidmatan seorang guru yang rajin dan berdedikasi serta mengambil berat terhadap sekolah ,guru-guru dan murid-murid.Pn Hajah Zainab mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu pada Tahun 2001.Kami di SKPG berharap,walaupun sudah bersara,beliau tidak berhenti dari memberi tunjukajar kepada kami yang memerlukan bantuan terutama dalam subjek Bahasa Inggeris UPSR.





Monday, October 10, 2011

SUKAN TAHUNAN DAN LARIAN 1 MALAYSIA 2011

Pada 2 Julai 2011,hari Sabtu Sukan Tahunan dan Larian  1 Malaysia telah diadakan di SK Pasir Gebu.Acara dimulakan dengan Larian 1 Malaysia antara waris,guru dan murid-murid.Seterusnya acara lari 100 meter,lompat jauh,lontar peluru dan lompat tinggi.Sebelum sukan,sukantara telah diadakan.Acfara diakhiri dengan sukaneka.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu telah diadakan pada 27 Mei 2011.Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan ialah: - Bacaan Yassin,Sukaneka,persembahan guru dan murid ,penyampaian hadiah.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI SKPG

Dapatkan gambar-gambar aktiviti SKPG terkini dalam facebook SKPG yang beralamat sekkebpasirgebu@yahoo.com.

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK SRI NEGERI,PULAU LANGKAWI

Pada 7 dan 8 Mei 2011 yang lalu,guru-guru dan kakitangan SKPG telah ke SK Seri Negeri Langkawi untuk berkongsi pengetahuan dalam P & P dan Pusat Sumber.SK Seri Negeri adalah sebuah sekolah yang cantik dan menarik terutama pra sekolah yang dipenuhi mural yang dilukis oleh waris.

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK BATU PEKAKA

Pada 29 Apri 2011 lalu,SK Batu Pekaka ,Kuala Ketil,Kedah telah datang melawat SK Pasir Gebu.Banyak pengetahuan dapat dikongsi bersama terutama dalam P & P dan Pusat Sumber.